HALAMAN UTAMA

Tuesday, September 10, 2013

PERGINYA INSAN YANG KU SAYANGI



Abah..

Pergimu memberikan tamparan hebat buat diriku..

Pergimu meninggalkan sejuta kenangan buat diriku..

Pergimu dikala diriku masih memerlukan mu..

Pergimu dikala keluargamu masih memerlukan hangatnya kasih sayangmu

Pergimu meninggalkan dunia yang bersifat sementara menuju ke akhirat yang kekal abadi.
Abah..

Ku rindu untuk menatap wajahmu yang sedang tersenyum

Ku rindu untuk bergurau senda denganmu

Ku rindu untuk bercerita denganmu

Ku rindu untuk merasai masakanmu

Ku rindu untuk berada di sampingmu lagi…


Abah…

Biarpun aku mengalirkan airmata darah sekalipun

Ku tahu bahawa dirimu takkan kembali lagi

Dirimu telah pergi jauh dariku

Ke suatu tempat yang kekal abadi


Abah…

Tiada apa yang dapat ku lakukan

Melainkan doa yang ku titipkan buatmu setiap hari

Ku harap

Dirimu tenang dan berbahagia di sana



*AL-FATIHAH BUATMU, ABAH TERCINTA*

MOHAMAD YUNUS BIN BADOK

28 DESEMBER 1948 – 3 SEPTEMBER 2013


No comments:

Post a Comment