SERBA SEDIKIT TENTANG DIRI
MIZA...
Miza di lahirkan pada 6 mac
1991 bersamaan 20 syaaban 1411H jatuh pada hari rabu.Ketika berumur 6
tahun,miza bersekolah di Tabika Kemas Kampung Jaie.Seterusnya,ketika berumur
7-12 tahun,miza bersekolah di S.K Jaie.Untuk peringkat menengah pulak,miza
bersekolah di Pesantren Abdul Taib Mahmud(S.M.K P.A.T.M).Kemudian meneruskan
perjalanan mencari ilmu di Maahad Johor.Sekarang,miza masih lagi menuntut di
USIM.
Alhamdulillah,sepanjang
menempuh perjalanan hidup yang mempunyai berbagai onak dan duri ini,miza telah
menyaksikan bermacam-macam ragam manusia..pasal ni ragam manusia ni,nanti la
miza cerita.Apa yang pasti,selama 22 tahun hidup di dunia ini,miza juga tak
terlepas dari ujian dan dugaan.
Pada hari ini miza rasa
bersyukur sangat kerana masih dapat menghirup udara segar,masih dapat melihat
serta menghayati keindahan alam ciptaan Allah ini.Pada hari ini juga,6 mac
2013,miza genap berumur 22 tahun.Apa yang menyeronokkan,tarikh hari lahir miza
pada tahun ini jatuh pada hari sebenar kelahiran miza iaitu hari rabu.
Sebelum meletakkan titik
noktah terakhir,miza mengucapkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada
kedua ibu bapa miza yang mengasuh,mendidik serta menjaga miza sehingga miza
menjadi seperti diri miza yang sekarang.Terima kasih juga kepada semua
sahabat-sahabat yang sudi bersahabat dengan miza ketika senang dan susah.Ampun
maaf di pinta atas segala kesalahan,kekhilafan serta perbuatan yang mengguris
hati semua yang mengenali diri miza.
amboi, pendek betul. background study ja?
ReplyDelete