Oleh
sebab beberapa hari cerita dah ni berlalu, jadi, miza pun dh tak ingat
permulaan...skip je lah permulaan ye..
Di
KliniK HEP USIM,
Miza
g klinik HEP dengan my beloved sister, kak fiza. Lepas ambik nombor, Jumpa
doktor. Hampir semua kakitangan klinik tu dh kenal miza. Jadi, bila nampak je
muka miza, mereka dah dapat agak sakit apa so, tak perlu dah citer panjang2.
hehe. Lepas jmpa doktor, kena g bahagian kecemasan pulak utk ambik
neb(nebulizer).
Lepas
ambik nebulizer, miza rasa blum ok jgak masih lagi rasa sesak nafas.
Lepas
2 doktor suruhlah kakitangan yg bertugas time tu untuk cucuk branula. Ni tangan
miza yang dah siap di pasang branula
Tapi,
waktu dekat HEP, nurse dan MA yg brtugas tak dapat masukkn branula...bila
cucuk, ad je xkena. Jadi, branula kena bukak balik..3@4 kali jugak lah kena
cucuk .Namun, tetap hampa. Memang dari dulu lagi..bila doktor atau nurse nak
masukkan branula, mesti susah nak dapat..miza pun tak tau apa masalahnye. Lepas
beberapa kali mencuba..hasilnya tetap sama..last2, doktor suruh bagi nebulizer
sekali lagi. Lepas ambik nebulizer, alhmdulillah..dh kurang rasa sesak nafas.
Lepas selesai ambik nebulizer, kna jumpa doktor semula. Doktor suruh balik dan
berehat dulu. Bila rasa masih tak ok, dtg la blik ke klinik..
Balik
je dari klinik, terus berehat jap..siap tido lagi. Maklumlah tak da kuliah..dpt
MC 1 hari. Bila malam, semua housemates ada kelas. Jadi, miza stay sorang2
dekat rumah. Kak fiza berpesan"miza law tak rasa tak ok msg akak
tau". Lebih kurang macam tu la pesanan ringkas dia sebelum g kuliah.
Sambil berehat, baca buku..Sejam selepas kak fiza g kuliah, miza rasa sesak
nafas balik..tapi sebab tak nak kacau kak fiza study, miza tahan sakit selama
yang boleh..15 minit kemudian, rasa memang dah tak boleh bernafas..jadi, miza
terpaksa msg kak fiza.."akak,miza rasa susah nak nafas balik"
Tak
lama kemudian, kak fiza dengan classmates miza, saiyidah, datang. Kesian kat
mereka. Kelam kabut keluar kelas. Mereka dah msg felo, ustz safwan. Dlm
menunggu ustaz bgi respon,tetiba bunyi siren ambulance..nasib baik miza dah
siap. Jadi kteorg pun turun.
Lebih
kurang setengah jam kemudian..
HOSPITAL
SERDANG..
Sampai
hospital serdang, terus masuk zon kuning. Kakitangan sana mula memberi rawatan
awal. Macam biasa la..ambik neb lagi. Lebih kurang 2 kali jgak la ambik neb.
Namun miza masih lg rasa tak ok. Jadi, doctor yang bertugas mengambil keputusan
untuk memasukkan branula. Lepas 2@3 kali cucuk baru dapat.
Alhamdulillah. Walaupun agak sakit.
Tak
lama kemudian, doktor suruh pergi jabatan x-ray untuk buat chest x-ray. Balik
dari jabatan x-ray, miza di suruh untuk baring atas katil dlm zon kuning. Lebih
kurang stgh jam kemudian…Doktor bgi arahan kpd kakitangan untuk membawa miza ke
zon merah.
Sepanjang
berada di zon kuning, kak fiza lah yang setia menjadi peneman di sisi sehingga
lah miza di pindahkan ke zon merah. Terima kasih kak fiza, sebab setia menemani
miza.
Zon Merah
Ketika berada dekat zon merah, miza rasa makin susah
nak bernafas serta rasa makin tak berdaya nak buka mata. Keadaan time tu rasa
macam sedar tak sedar je. Dalam keadaan sedar tak sedar tu, miza terdengar
perbualan antara para doctor dan nurse di situ. “ Get ready for intubation”
lebih kurang macam tu la ayat mereka. Dalam fikiran miza “intubate?” rasa cuak
dh muncul..bukan nya apa..bila intubation, miza rasa macam ajal hampir
tiba.hehe..
Tak lama kemudian, beberapa orang doctor dan jururawat
berada di sekeliling katil miza. Salah seorang doctor bersuara “adik,ingat
Allah banyak-banyak ye…mengucap ye dik…kami nak tidurkan adik ni..mengucap ye
…” lepas tu..miza dah tak sedar apa yang terjadi.
Dalam keadaan tak sedar itu, miza rasa sakit yang tak
tertanggung..miza rasa macam seolah-olah mimpi…tapi kesakitan itu tak lama.
Bila dalam keadaan separuh sedar, rasa macam ada benda
mengganggu saluran tekak. Rasa macam nak cabut je...tiba2 ada suara"adik,
jangan cabut tiub adik..nanti tak boleh nak bernafas..adik tido ye.. miza pun
terlena kembali. . Bila dh bukak mata sikit, tiba-tiba ada suara muncul di
gegendang telinga “adik, nak buka tiub tak?” Lebih kurang macam tu la soalan yg
menyapa gegendang telinga. Miza segera mengangguk. Lepas tu, doctor dan nurse
pun mencabut tiub yg terlekat dekat dalam mulut. Macam ni la rupa intubation tu.
Lepas
benda ni kena cabut, rasa bahagia sgt. Tapi kebahagiaan itu sekejap je..miza
rasa macam ada yang mengganggu tekak bila nak menelan..rupa-rupanya ada tiub
lagi dekat hidung. Fungsinya sebagai laluan untuk memasukkan minuman. erm
sungguh tak selesa. Tiub tu lambat jugak la nak di bukak..beberapa jam lepas
sedar baru tiub tu di bukak. Itu pun bila miza dah boleh makan dan minum
seperti biasa. Gambar bawah ni orang yang dah siap di intubate dan ada tiub
pada hidungnya.
Miza
menjadi penghuni ICU selama tiga hari..agak lama..semuanya sebab tak ada katil
kosong dekat wad biasa. Kalau ada katil kosong dekat wad biasa, miza hanya
perlu duduk ICU selama 1 hari je pun.
Kesimpulannya,14
mac miza berada di klinik hep,15 – 17 mac berada dekat icu. Alhamdulillah,
Allah masih bagi ruang dan peluang kepada miza untuk terus hidup di atas muka
bumi ciptaan- NYA. Terima kasih kepada k.fiza dan rakan serumah yang sudi
melawat miza ketika menginap di hotel ICU hospital serdang.


Alhamdulillah, akhirnya siap juga entri ni kan..sama-sama kasih..ksih anda dterima...
ReplyDeleteJadi lepas ni kena tingktkan tahap penjagaan kesihatan anada ya.
Alahmdulillah...tunggu la entri seterusnya..insyaAllah..i will try to improve my healthy..ada typo....
ReplyDelete2 lahhh..bbolh pulak ada typo...mcm dh jadi tabiat pulak typo ni
ReplyDelete