HALAMAN UTAMA

Tuesday, April 16, 2013

DUGAANKU..

Setiap yang dilahirkan sebagai manusia pastinya telah, sedang, dan akan berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian. Hidup setiap insan tidak akan lengkap tanpa ujian.Ujian mengingatkan manusia yang terlupa menyedarkan manusia yang lalai dan mengejutkan manusia yang terlena. 

Bila diuji dengan tekanan diri, kesusahan dan kegagalan, sepatutnya bukan persoalan ‘kenapa ini yang menimpa aku’ terlintas di pemikiran kita. Bertanyalah 1000 kali soalan sebegitupun, kita tetap tidak akan mampu mengubahnya, melainkan pertanyaan tersebut sebagai pembuka ruang untuk memuhasabah melihat segala kesalahan kita di masa lepas, maka itu tidak ada masalah. Janganlah anda hidup dalam bayang-bayang masa lalu. Apakah anda ingin agar sungai kembali ke hulunya, matahari kembali ke tempat terbitnya, bayi ke dalam perut ibunya, dan air mata kembali ke dalam mata? Sudah terang lagi bersuluh bahawa ini semua adalah mustahil. Orang yang kembali ke masa lalu diibaratkan seperti orang yang menumbuk gandum yang sudah menjadi tepung. Dahulu,terdapat pepatah khusus bagi orang yang meratapi masa lalu: “Jangan keluarkan orang mati dari kubur mereka”.

KISAHKU
Setiap insan akan di uji dengan cara yang berbeza. Allah tidak akan menguji hambanya dengan sesuatu yang di luar kemampuan hambanya. Jom ikuti kisah miza saat di uji.
Seperti sedia maklum..miza telah menjalani kehidupan sebagai siswi selama 6 semester. sewaktu berada di semester 4, miza telah di uji dengan ujian yang miza rasa di luar jangkaan miza. "Unexpected" juga la ujian ni. 

Antara ujian yang menimpa diri adalah di uji dengan  asma sehingga keluar masuk wad hampir setiap bulan, gangguan, dan yang paling  "unexpected" adalah hilang ingatan sewaktu penghujung semester 4. Paling mencabar, hilang ingatan sewaktu "study week", di mana waktu itu miza sedang cuti ulangkaji. Sedangkan pada minggu hadapannya pula, miza bakal menduduki peperiksaan. Pada waktu itu, miza langsung tidak dapat mengingati semua subjek yang di pelajari sepanjang sem itu. Kawan-kawan menjadi risau. Macam mana miza nak menduduki peperiksaan sedangkan tiada satu pun tentang subjek sem itu dalam kepala miza. Dapatkah anda membayangkan perasaan miza waktu itu?Pasal hilang ingatan ini akan di ceritakan labih lanjut dalam entri bertajuk "hilang ingatan".

Inilah antara dugaan yang di hadapi. Terima kasih kepada housemates,kawan-kawan dan semua pihak yang banyak membantu miza.





No comments:

Post a Comment