HALAMAN UTAMA

Sunday, April 28, 2013

BERJALAN, MELIHAT DAN MENTAFSIR


BERJALAN,MELIHAT,MENTAFSIR
Berjalan melihat jalan
Yang tercengkam
Kerana dua halangan satu
Keegoan dua kesempitan
Pahit kita tempuhi bersama
Tiada pernah dipinta
Kita teruji hingga menghinakan
Kita tersimpul hingga melupakan
Hubungan yang telah lama ada
Padamkan segala api
Yang bisa membakar kita
Semaikan benih mahmudah 
Yang suburnya membawa erti



Apabila kita berjalan,lihatlah sekeliling, tafsirlah apa yg anda lihat.Alangkah indahnya alam ini.Di waktu siang,awan biru yang indah,kicauan beburung,pohon-pohon yang menghijau.Di saat selepas turunnya hujan,muncullah pelangi yang berbagai warna.pelangi itu seperti manusia di muka bumi.Manusia di muka bumi ini mempunyai berbagai jenis keturunan,warna kulit,agama dan budaya.Kepelbagaian ini menyebabkan bumi ini indah.

OBJEKTIF BERJALAN

1)Berjalan untuk melihat ciptaan Allah
"Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:"Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu." (surah al-Ankabut:20)


Berdasarkan ayat suci Al-Quran di atas dapat kita fahami bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menyarankan kepada hamba-hambanya untuk berjalan atau bermusafir ke serata dunia, atas sebab apa? bukan untuk berfoya-foya atau untuk bersuka ria tetapi untuk melihat akan keagungan Allah S.W.T serta kekuasaanNya dan menilai akan pengakhiran bagi insan-insan terdahulu yang memurkai akan kekuasaan Allah.


“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda(kebesaran Allah) bagi orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) "ya tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia, mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka”surah Ali Imran:190-191)

2)Berjalan untuk mencari rezeki
 "dia (Allah) yang menjadikan
bumi untuk mu supaya mudah kamu jalani, maka berjalanlah kamu di seluruh pelusuknya dan makanlah rezeki Allah."(surah Al-Mulk:15)

Memang tidak dinafikan betapa mustahaknya berusaha mencari rezeki bagi menjamin hidup kita didunia ini. Setiap individu wajiblah berusaha untuk menperolehinya dengan berkerja kuat di bumi allah ini dan sanggup menempuh kesukaran dengan hati yang tabah. Didalam hal ini Allah telah berfirman yang mafhumnya seperti di atas. Antara contoh berjalan untuk  mencari rezeki yang halal adalah seperti berjalan(mengembara) untuk meluaskan perniagaan. Nabi Muhammad SAW pernah berjalan(mengembara) dari satu tempat ke satu tempat. 

Sejarah juga mencatatkan antara punca kejayaan pedagang arab dalam perniagaan adalah suka berjalan)mengembara untuk memasarkan barang dagangan mereka. Namun,pada zaman sekarang,teknologi semakin maju. Ramai umat manusia hanya menggunakan teknologi internet untuk memasarkan barangan mereka. Ini membuatkan mereka tidak mengembara aau berjalan seluruh alam.

3)Berjalan untuk mencari/menuntut  ilmu
 “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah (masjid) untuk membaca kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di khalayak para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, kita dapat mengetahui bahawa melalui ilmu, darjat seseorang yang beriman di angkat oleh Allah, jiwa menjadi tenteram dan dengan ilmu kita di beri kefahaman menghadapi pelbagai ujian dan cabaran, ilmu juga mengajak untuk memilih kebaikan berbanding keburukan, dengan ilmu jugalah kita di bimbing  untuk berjalan ke syurga Allah yang luas terbentang. Seperti yang  kita sedia maklum,semakin jauh perjalanan yang kita tempuh dalam menuntut ilmu, semakin luas pengetahuan yang kita dapat. Bak kata pepatah" jauh perjalanan luas pemandangan”

Tidak pernah tercatat dalam sejarah mana-mana umat di dunia dalam pengembaraan menuntut ilmu sepertimana umat Islam, khususnya para ulama hadis yang telah menunjukkan contoh luar biasa dalam pengembaraan mereka, di mana mereka telah melalui perjalanan yang jauh dan luas, sama ada dengan menunggang unta atau berjalan kaki, dengan tujuan semata-mata untuk mendengar sebuah hadis daripada mereka yang hafaz atau daripada sumber yang paling tinggi.Contohnya pada zaman para sahabat R.A.

1)Jabir bin Abdillah r.a telah mengembara untuk menemui Abdullah bin Unais di Syam. Perjalanan beliau memakan masa sebulan semata-mata untuk mendengar satu hadis yang belum pernah beliau mendengarnya daripada Nabi SAW.

2) Hasan Al-Basri (11H) telah mengembara dari Basrah ke Kufah untuk menuntut ilmu.

3)Berjalan untuk melihat dan mentafsir kejadian
"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi.  Maka sekalipun demikian, Allah membinasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan tiadalah bagi mereka sesiapa pun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah.  (kebinasaan mereka) yang demikian ialah kerana mereka sentiasa didatangi Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (hukum-hukum dan mukjizat) yang jelas dan nyata, maka mereka kufur ingkar, lalu Allah menyeksa mereka; sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat, lagi Maha berat azab seksa-Nya."    (Surah Al-Mukmin (40) : 21-22)

Ayat-ayat di atas merupakan seruan/perintah Allah supaya kita mengembara di muka bumi untuk memerhatikan kesan-kesan tinggalan tamaddun kaum-kaum dahulu yang mendustakan ayat-ayat Allah dan Rasu-rasul yang diutus untuk menyeru mereka mentauhidkan Allah serta  memberi peringatan tentang ancaman/balasan terhadap perbuatan-perbuatan dosa/keji mereka yang membawa kepada kerosakan dan kezaliman di muka bumi ini.  Sungguh pun kaum-kaum terdahulu mempunyai kekuatan tenaga, mempunyai  kemahiran dan pengetahuan teknologi yang tinggi sehingga dapat membina bangunan-bangunan dan meninggalkan kesan sejarah yang tidak dapat ditiru pada zaman ini dan anggap sebagai satu keajaiban dunia seperti Piramid di Mesir, Petra di Jordan dan seumpamanya, tetapi tamaddun mereka tidak dapat bertahan dan musnah melalui bencana alam yang Allah timpakan ke atas mereka sebagai balasan terhadap dosa-dosa mereka mendustakan Rasul-rasul yang diutus kepada mereka.

Antaranya:

Laut Mati
Sejarah:Kaum Nabi Luth tinggal di kota Sodom yang terletak berhampiran Laut Mati. Di zaman Nabi Luth ini banyak berlaku nya perbuatan homoseksual dan juga lesbian. Sudah penat Nabi Luth mengajak kaum nya bertaubat tetapi tidak diendahkan oleh mereka akan Nabi Luth. Sehingga lah Nabi Luth berputus asa dan berdoa kepada Allah agar diturunkan balasan terhadap kaum nya. Allah telah menterbalikkan kota Sodom dan tenggelam lah kota Sodom di Laut Mati. Laut Mati ini telah dilaknat oleh Allah sehinggakan tiada ikan yang mampu hidup di Laut Mati.






 




No comments:

Post a Comment