HALAMAN UTAMA

Tuesday, June 18, 2013

JANGAN BERPUTUS ASA KETIKA DI UJI


Setiap yang dilahirkan sebagai manusia pastinya telah, sedang, dan akan berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian. Hidup setiap insan tidak akan lengkap tanpa ujian. Ujian mengingatkan manusia yang terlupa menyedarkan manusia yang lalai dan mengejutkan manusia yang terlena.

Kegagalan dalam melakukan sesuatu perkara menyebabkan ramai antara manusia zaman sekarang bersikap putus asa dan merasakan bahawa kegagalan itu adalah penghujung segala-galanya. Sedangkan, kegagalan bukanlah penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada kejayaan. Sebaliknya kegagalan itu adalah perkara yang membuatkan seseorang lebih matang dan berhati-hati dalam menyusun perjalanan kehidupan. Seringkali kita mendengar bahawa orang yang berjaya dalam hidup adalah orang selalu menghadapi kegagalan serta ujian dalam hidup. Sepatutnya sebagai seorang Muslim kita sepatutnya menjadikan ujian tersebut sebagai batu loncatan yang mengubah kita menjadi seorang yang lebih baik dan mengubah keadaan tersebut menjadi lebih baik. Bukankah Allah telah menyatakan: “Allah tidak akan sekali-kali mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut sendiri yang mengubahnya”.
PUNCA PUTUS ASA
Buruk sangka terhadap Allah S.W.T. juga termasuk sebagai punca terjadinya putus asa. Buruk sangka itu boleh berlaku apabila mereka mengatakan bahawa Allah tidak membantu hambanya apabila di timpa musibah serta tidak memakbulkan doa-doa mereka. Mereka juga bahawa mengatakan agama Allah menjadi lemah tidak terdaya, penganut dan pemerintahnya akan dikuasai orang lain semuanya akan musnah dan berakhir seperti fiman Allah dalam kitab Al-quran:
“Sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. Mereka berkata: "Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya)". Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): "Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?" katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing". Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada”

kata Ibnu Qaiyim:
“Maka barangsiapa yang menyangka buruk terhadap Allah dengan mengatakan Allah tidak menolong Rasulnya, tidak sempurnakan arahannya dan tidak menyokongnya tidak menolong agamanya, bahkan memenangkan syirik daripada tauhid, batil daripada hak, kalau begitu hak dan tauhid sudah mengucup, kemudian selepas itu Islam tidak panggung lagi, maka ini semuanya dikatakan sangka buruk terhadap Allah S.W.T. yang bersifat dengan sifat kesempurnaan, maka dengan sangkaan seperti ini membawa kepada putus asa”.
Kurang iman juga merupakan punca putus asa. Seseorang yang kurangnya iman di dalam dada amat mudah untuk dirinya di pandu oleh syaitan dan hawa nafsu. Akibatnya mereka akan merasa amat kecewa dan mudah berputus asa dalam hidup.  Dendam, marah, kecewa akan menguasai diri yang akhirnya menyebabkan mereka terus-terusan melakukan dosa atau maksiat, sekaligus menyebabkan mereka tersasar dari landasan agama. Paling teruk apabila mereka sudah tidak mengingati Allah.  Apabila hati sudah jauh dari Allah,maka,akan lebih mudah untuk berasa putus asa.
KESAN BURUK PUTUS ASA
Orang yang suka bersikap putus asa akan mudah mengalami tekanan atau stress. Mereka akan menjadi seorang yang pemurung, sentiasa sedih, marah dan sukar untuk berfikir secara rasional untuk menangani masalah mereka.Selain itu, mereka akan mudah di landa penyakit. Disamping itu juga,mereka boleh melakukan perbuatan buruk dan tidak mustahil boleh bertindak di luar batas kemanusiaan.
CARA MENGATASI SIKAP PUTUS ASA
Banyakkan berzikir iaitu banyak mengingati Allah. Maksud firman Allah : "Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram."  (al-Ra`d:28). Al-Mawardi mentafsirkan “zikrullah”  dengan maksud ketaatan, balasan dan janji Allah SWT.Sementara Ibn Asyur  mengatakan  “zikrullah”   bermaksud perasaan takut dan menjaga diri dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan. 
Sentiasa mengharap rahmat AllahSifat orang yang beriman adalah dia tidak putus-putus mengharap rahmat dari Allah. Mereka sentiasa redha dengan setiap apa yang berlaku ke atas diri mereka.Allah berfirman  katakanlah:  "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ( Surah al-Zumar ayat 53)
Setiap insan hendaklah sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk menuntut kita untuk menjadi yang lebih baik. Rasulullah SAW menjelaskan: 
“Sungguh mengagumkan keadaan seorang mukmin, keadaan mereka sentiasa dalam kebaikan. Tidak terjadi hal yang demikian itu melainkan bagi seorang mukmin. Jika mendapat kesenangan ia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan. Dan jika ia tertimpa kesusahania bersabar dan itu juga merupakan kebaikan baginya”. 
Kesimpulannya, manusia sentiasa diuji agar mereka dapat merasai indahnya kehidupan bila diuji. Ingatlah bahawa di sebalik ujian dan dugaan itu, terselit 1001 hikmah. Ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada hambanya.

                                                         



No comments:

Post a Comment