HALAMAN UTAMA

Sunday, May 12, 2013

ULANG TAHUN KELAHIRAN MAK TERSAYANG





Hari ini, mak miza genap berumur 53 tahun. "Selamat Hari Lahir yg ke-53 Mak. Miza harap emak sentiasa sihat dan berada dibawah payung rahmat-NYA".

Mak adalah insan yang paling rapat dengan miza. Miza sangat bersyukur mendapat seorang emak yang penyayang, mengambil berat dan sangat prihatin. Di saat miza sakit, mak adalah insan yang akan berjaga malam, bersengkang mata menjaga miza. Mak adalah orang yang paling risau bila mengetahui miza masuk wad.

Mak adalah insan pertama tempat miza berkongsi rasa suka, duka, gembira, susah, senang dan sebagainya. Mak tidak pernah mengeluh dalam membesar dan memelihara miza dan adik-beradik yang lain.

Setiap hari, miza akan call mak. Kalau miza tak call mak, mak akan call miza. Ini kerana, Mak risau bila smpai petang miza tak call. Bimbang miza tak sihat. Selalunya, miza call mak tak lama. Mak ckp, tak dpt lama pn x pa. Cukup sekadar dapat mendengar suara miza. Terharu sgt bila mak ckp "Mak risau bila tak mendengar suara miza dlm msa 1 hari"

Terakhir sekali, Miza harap mak sentiasa hidup bahagia di samping keluarga. Tunggu la kedatangan miza pd bln 7 ini. Miza syg sgt2 dkt mak.


No comments:

Post a Comment