HALAMAN UTAMA

Thursday, May 16, 2013

HARI GURU

Hari guru di sambut pada 16 mei setiap tahun.
Hari guru di sambut bagi memperingati jasa guru dalam mendidik anak bangsa.
Jasa guru amatlah besar nilainya. Tanpa insan yang bergelar guru, tidak akan lahir insan-insan bergelar doktor, jurutera, polis, peguam dan ramai lagi. Semua insan yang bekerjaya hari ini bermula dari seorang insan bergelar GURU.

Sempena hari guru ini, miza ingin mengucapkan selamat ahri guru kepda semua guru-guru yang pernah mendidik miza. Terima kasih atas semua tunjuk ajar cikgu selama ini. Pengorbanan mu akan miza kenang sampai bila2..

Video ini untuk guru-guru di
1-Tabika KEMAS KPG JAIE
2-SK JAIE
3-Pesantren Abdul Taib Mahmud
4-SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud
5-Maahad Johor
6-Universiti Sains Islam Malaysia



SAJAK “GURU O GURU” – USMAN AWANG (1979)

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Lilin Seorang Guru


Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini


No comments:

Post a Comment